Want your
own Fotopage?














 
DiAnA's ~ crazy for beads

By: Diana Yussof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 13-Aug-2008 02:00 Email | Share | Bookmark
Virtual memorial for Chomel

 
 
Chomel, kucing kesayangan aku yang sudah hilang tah ke mana.....Chomel ni aku sayang sangat sebab dialah kucing yang paling cerdik yang pernah aku bela....Masa dia kecik dulu dia selalu temankan aku ke mana sahaja ruang rumah yang aku pergi..ke dapur, ke bilik air, ke ruang tamu....

Pernah sekali Chomel demam panas, dia nak tidur sekali dalam bilik tidur sebab ada aircond. Dia tidurlah kat kaki aku tak bergerak-gerak.....Kesian dia, nak pergi makan kat dapur pun tak larat nak jalan. Aku pun bawakkan dia ke dapur...dia minum jer, tak makan pun...Besoknya aku terpaksa tumpang kereta cousin aku nak bawakkan Chomel ke hospital haiwan di Jalan Ipoh. Rupa-rupanya Chomel kena demam panas sangat (40 C) dan cirit-birit.

Ada satu insiden di mana aku mintak cousin aku jaga Chomel sebab kitaorang nak pergi bercuti ke Cherating tahun lepas. Cousin aku kata, Chomel tak nak makan pun. Dia merayau-rayau dalam rumah cousin aku tuh dan hilang tah ke mana...Puas ler cousin aku satu family cari dia kat seluruh tempat dalam rumah, luar rumah, siap tanya jiran-jiran lagi...Makcik aku dah plan nak ganti kucing lain kalau Chomel ni hilang.....and the best part is, pukul 8 malam baru ler si Chomel nih keluar dari bawah katil makcik aku dan menggeliat...bertuah punya kucing!!..Chomel memang macam tuh...kalau dia tak kenal kat orang tuh...memang dia akan menyembunyikan diri dia kat tempat-tempat yang orang tak expect pun....sebab dia boleh meleperkan badan dia dan sembunyi....cerdik betul...

First time bawak dia balik kampung, entah sape yang lepaskan dia keluar dari kandangnya...Chomel lari keluar rumah....adik ipar aku dengan kengkawannya ramai-ramai pergi tangkap dia....Chomel lari satu kampung!!...last-last adik ipar aku give-up dan terus rembat motor nak gi ke pekan katanya...tetiba dia nampak pulak Chomel kat tangga surau, dia patah balik ke rumah dan bagitau aku...Aku pun kata, ko tak yah buat apa-apa, biar aku jer yang tangkap. Aku pun pergi kat surau dan amik Chomel....Chomel tak lari pun....adik ipar aku cukup terbakar bila nengok betapa senangnya aku amik Chomel sedangkan dia dah lari keliling kampung untuk menangkapnya...ha..ha..ha...

Chomel ni kucing yang sangat dengar kata. Bila aku panggil dia balik rumah, dia berlari macam kuda....bila aku balik dari kerja, Chomel dah standby tunggu aku kat rumah. Bila aku dan suami aku pergi kerja, dia akan hantar kitaorang sampai kat pintu pagar. Kekadang tu dia nak ikut aku sekali pergi kerja.....Sedihnya....sekarang bila Chomel dah tak de....tak de sesiapa yang menyambut kepulanganku dari kerja.....sedihnya....huwaaaaaa....

Chomel masa mula2 suami aku jumpa dia kat depan rumah


And Chomel dah develop menjadi kucing dewasa, masa nih berat dia around 4kg!!

mungkin chomel di curi org... sedih citer u ni... Wed 13-Aug-2008 08:44
Posted by:serina  - [Link]
KUCING ZAI PUN HILANG GAK... Wed 13-Aug-2008 13:41
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
hi diana... sorry to hear about chomel. hm... kucing sy plak dah mati last month. nak cari ganti, kang kecewa lagi. maklum la, jangka hayat kucing mmg tak lama... uhuk... teringat plak kat kucingku si merah.
semoga bertemu semula dgn chomel ye
Thu 14-Aug-2008 00:02
Posted by:tutcute melompati@yahoo.com  - [Link]
yup..izzah mmg suka kucing sgt2...
comey kucing dia..ekor kembang gitu..kucing jenis pe ni erk??
Thu 14-Aug-2008 03:47
Posted by:I Z Z A H izzz81@yahoo.com
SIANN KUCENN MU ILANG....NAPER ARITU X JOIN DIANA...MERIAHH SANGATTT..TAUUUU... Thu 14-Aug-2008 04:04
Posted by:AZUE  - [Link]
hai diana...so far alhamdullah...bunga pahar tu semua buat sendiri....boleh apa salahnyer nak beli sample kan... Thu 14-Aug-2008 10:02
Posted by:Zilah  - [Link]
kucing iinii kalau di gulai sedapppp... Thu 14-Aug-2008 14:21
Posted by:korok  - [Link]
>> i know how you feel...
>> kucing saya pun dah berapa ekor hilang...
Thu 14-Aug-2008 16:38
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
saya paham sgt perasaan awak...harap byk2 bersabar..mana tau satu ari nnti chomel akan pulang.....perangai chomel sama cam garfield saya....selalu teman kan saya ke mane pon saya pegi...saya ke dapur dia ke dapur..saya tgok tv dia pon sama2 lepak tgok tv...yang paling best garfield yg kejut saya bangun tiap2 pagi tuk smbhyang subuh & pegi keje. saya x dpt bayangkan kalo kehilangn dia....harap2 garfield sntiasa sehat dan sntiasa bersama saya InsyaAllah...meh sggah tgok garfield saya! Fri 15-Aug-2008 10:15
Posted by:yaR-t  - [Link]
hmm mmg selalunya kucing yg kita suka tak kekal lama... hilang/mati dl.. Sat 16-Aug-2008 09:53
Posted by:stROZze  - [Link]
Looking for handbags & Shoes collection?? Please feel free to visit my online store http://www.freewebs.com/lauracollection there has many handbags (Louis Vuitton,Gucci,Chanel,Prada & Burberry) in GradeAAA++ quality. Sat 16-Aug-2008 12:54
Posted by:Laurabagcollection
comel nya kucing awak ni... semoga dia akan kembali kepangkuan tuan nya yg setia menanti
re: thanks for the wishes...Sofia dah sihat dah cuma ada runny nose sikit
Sat 16-Aug-2008 18:52
Posted by:~ niza et sofia ~  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.