 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
DiAnA's ~ crazy for beads
 By: Diana Yussof
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Monday, 21-Jul-2008 00:38 |
Email | Share | Bookmark |
|
Masjid Tanah
|
|
Masjid tanah merupakan bandar yang kedua terbesar di Melaka. Ianya terletak hanya 30 km daripada sempadan Melaka-Negeri Sembilan dan dalam daerah Alor Gajah. Masjid Tanah mendapat namanya dari sebuah masjid yang diperbuat daripada tanah liat. Masjid tu tak guna sebatang paku pun dan masih teguh berdiri sehingga ke hari ini. Kebanyakkan orang-orang tua yang menetap di sini pernah berkerja atau bermastautin ke Singapura. Apabila sudah pencen, diaorang kembali menetap di Masjid Tanah sehingga ke akhir usia. Jadi tidak hairanlah apabila musim perayaan, ramai nya orang Singapura yang datang ke Masjid Tanah....Loghat percakapan di sini seakan-akan loghat Negeri Sembilan. Ada sesetengah loghat tuh kalau dicakap, orang Negeri Sembilan pun tak faham...ha..ha..ha...dan kitaorang pun ada jugak yang tak faham sesetengah loghat Nogori tuh...sebagai contoh, seperti yang saya pernah explain kat Azue (http://azueriena.fotopages.com), "eden" tu loghat orang Nogori dan "edan" tu loghat orang Masjid Tanah...lain kan?....
Destinasi pelancungan yang terkenal di Masjid Tanah ialah Tanjung Bidara, pekena ikan bakar di Pengkalan Balak dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi. Makanan yang termashyur di sini ialah mee banjir. Kalau saya balik kampung, saya mesti singgah jap makan mee nih....sedapppp...
Mee banjir - hanya terdapat di Masjid Tanah
Masjid Tanah
Masjid yang diperbuat daripada tanah liat - dari sinilah Masjid Tanah mendapat namanya
Kompleks Falak Al-Khawarizmi
Pengkalan Balak
Masakan asli Melaka - udang galah masak rempah
Rumah Melaka yang telah dimodenkan
Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada Zai Kulim kerana selalu menjadi orang yang pertama singgah di fotopages saya yang tak seberapa nih...Si Zai nih rajin mengupdate dan mengedit gambar dalam fotopagesnya...jom ler singgah ke fotopages Zai di http://zbintim.fotopages.com
Zai, mai ler Masjid Tanah pekena mee banjir. Hang mesti suka punya.....
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|