 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
DiAnA's ~ crazy for beads
 By: Diana Yussof
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Thursday, 19-Jun-2008 00:52 |
Email | Share | Bookmark |
|
Down to Memory Lane - Brunei (1997)
|
|
2 kali aku ke Brunei. Kali pertama pada tahun 1996. Masa tu aku pergi secara solo from flight to Kota Kinabalu (KK), stay kat KK selama 2 hari baru ler amik flight ke Bandar Seri Begawan. Aku stay di rumah "Adique" (adik angkatku) di Kg Manggis, Bandar Seri Begawan...Tak sangka pulak Adique anak pehin (datuk)!!...Rumah dia punyalah besar...segan pulak aku nak masuk...Trip yang pertama nih aku just pergi sekitar Bandar Seri Begawan sambil menyaksikan ada perkahwinan orang Brunei (masa nih kakak Adique tuh kawin)...so, dapatlah menengok adat kahwin diaorang...
Kali kedua ke Brunei pada tahun 1997, lepas grad. Impian aku lepas grad nak mendaki Kinabalu bersama dengan 3 kawan. Untuk memenuhi hajat kengkawan nak ke Brunei (kalau tak, diaorang nak tarik diri from the trip) aku pun terpaksa lah membawa diaorang nih ke sana. Trip kali nih trip budget so, kitaorang naik feri from KK to Labuan (terpaksa tidur semalam sebab dah terlepas feri) ke Brunei. Yang bestnya, kitaorang round satu Brunei...dapat lah kitaorang rasa makanan tradisional orang Brunei - ambuyat...memang nyaman...tapi kengkawan aku yang lain2 tuh tak suka pulak makan...dapat menjengok daerah lain seperti Tutong (just lalu jer, tak singgah pun), Kuala Belait dan Temburong (daerah yang paling mundur sekali di Brunei, tidur semalam di sini).
Ibu negeri Brunei, Bandar Seri Begawan..tak macam KL...bandar ini umpama bandar kampung (ni bukan aku yang cakap tapi ayah Adique)..yang mana lepas pukul 8 malam jer, semua kedai tutup kecuali shopping complex dan Jerudung Park...kedai makan yang buka pun just fast food restoran jer...tak tau ler sekarang ni macamana keadaannya pulak..maybe dah berubah...
Jerudung Park, merupakan satu-satunya tempat liburan bagi orang2 Brunei..since pub dan kelab malam diharamkan pembinaannya oleh Kerajaan Brunei. Masa aku pergi tuh, Jerudung Park baru dibuka untuk orang awam (setelah sebulan ditutup kerana untuk memberi laluan kepada kerabat2 istana bermain) dan tiada bayaran dikenakan untuk apa2 jua permainan...best kan...tapi sejak kebelakangan nih, aku dengar citer from makcik ku (dulu dia duduk di Brunei for 6 years)...ada certain permainan dah kena bayar. Luasnya size Jerudung Park nih kalau tak silap aku 3 kali ganda besar Sunway Lagoon!!...aku yang dah pergi 2 kali ni pun tapi tak habis main kat situh....
Matawang Singapore boleh diguna-pakai di Brunei kecuali syiling (vice versa, tapi bab syiling Brunei boleh dipakai di Singapore ni aku tak pasti...) kerana sizenya tak sama dengan syiling Brunei. Kadar bayaran telefon sama daerah adalah percuma...road tax cuma RBD 30.00 jer...harga kereta pun jauh lebih murah dari Malaysia...Pada pengamatan aku ler....aku tak pernah nampak motor kapcai kat sana...kalau ada pun motor besar..itupun boleh dikira dengan jari jer...Tapi, sejak harga minyak naik nih...maybe suma skim bayaran kat atas tu dah berubah agaknya...
Feri yang membawa kenderaan dan penumpang ke daerah Temburong from daerah Kuala Belait. Bila sampai ke seberang, kena lalu Limbang, Sarawak lepas tu barulah sampai Temburong. Nak pergi dan balik from Temburong ke Bandar Seri Begawan, 2 mukasurat paspot antarabangsa habis penuh dengan cop Imigresen Brunei dan Malaysia
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
Kampung Air
Muzium Diraja Brunei
Masjid Sultan Hassanul Bolkiah - kubahnya dibuat daripada emas tulin tau...
Replika yang terdapat di daerah Kuala Belait
Tong minyak di Kuala Belait
Peralatan mesin yang digunakan untuk mencarigali minyak
Duit Brunei
Terminal feri Muara - perkhidmatan feri dari Labuan-Brunei-Labuan
Pantai di Kuala Belait
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|