Chomel, kucing kesayangan aku yang sudah hilang tah ke mana.....Chomel ni aku sayang sangat sebab dialah kucing yang paling cerdik yang pernah aku bela....Masa dia kecik dulu dia selalu temankan aku ke mana sahaja ruang rumah yang aku pergi..ke dapur, ke bilik air, ke ruang tamu....
Pernah sekali Chomel demam panas, dia nak tidur sekali dalam bilik tidur sebab ada aircond. Dia tidurlah kat kaki aku tak bergerak-gerak.....Kesian dia, nak pergi makan kat dapur pun tak larat nak jalan. Aku pun bawakkan dia ke dapur...dia minum jer, tak makan pun...Besoknya aku terpaksa tumpang kereta cousin aku nak bawakkan Chomel ke hospital haiwan di Jalan Ipoh. Rupa-rupanya Chomel kena demam panas sangat (40 C) dan cirit-birit.
Ada satu insiden di mana aku mintak cousin aku jaga Chomel sebab kitaorang nak pergi bercuti ke Cherating tahun lepas. Cousin aku kata, Chomel tak nak makan pun. Dia merayau-rayau dalam rumah cousin aku tuh dan hilang tah ke mana...Puas ler cousin aku satu family cari dia kat seluruh tempat dalam rumah, luar rumah, siap tanya jiran-jiran lagi...Makcik aku dah plan nak ganti kucing lain kalau Chomel ni hilang.....and the best part is, pukul 8 malam baru ler si Chomel nih keluar dari bawah katil makcik aku dan menggeliat...bertuah punya kucing!!..Chomel memang macam tuh...kalau dia tak kenal kat orang tuh...memang dia akan menyembunyikan diri dia kat tempat-tempat yang orang tak expect pun....sebab dia boleh meleperkan badan dia dan sembunyi....cerdik betul...
First time bawak dia balik kampung, entah sape yang lepaskan dia keluar dari kandangnya...Chomel lari keluar rumah....adik ipar aku dengan kengkawannya ramai-ramai pergi tangkap dia....Chomel lari satu kampung!!...last-last adik ipar aku give-up dan terus rembat motor nak gi ke pekan katanya...tetiba dia nampak pulak Chomel kat tangga surau, dia patah balik ke rumah dan bagitau aku...Aku pun kata, ko tak yah buat apa-apa, biar aku jer yang tangkap. Aku pun pergi kat surau dan amik Chomel....Chomel tak lari pun....adik ipar aku cukup terbakar bila nengok betapa senangnya aku amik Chomel sedangkan dia dah lari keliling kampung untuk menangkapnya...ha..ha..ha...
Chomel ni kucing yang sangat dengar kata. Bila aku panggil dia balik rumah, dia berlari macam kuda....bila aku balik dari kerja, Chomel dah standby tunggu aku kat rumah. Bila aku dan suami aku pergi kerja, dia akan hantar kitaorang sampai kat pintu pagar. Kekadang tu dia nak ikut aku sekali pergi kerja.....Sedihnya....sekarang bila Chomel dah tak de....tak de sesiapa yang menyambut kepulanganku dari kerja.....sedihnya....huwaaaaaa....
Chomel masa mula2 suami aku jumpa dia kat depan rumah
And Chomel dah develop menjadi kucing dewasa, masa nih berat dia around 4kg!!